Rabu, 18 Disember 2019

TADOM WATER AEROBIC



 Pada 17 November 2019, saya telah mengikuti aktiviti anjuran Kolej Dua Belas UPM, iaitu Tadom Water Aerobic yang bertempat di Tadom Hill Resort, Banting. Walaupun bukan anjuran kolej saya, tapi saya berminat dengan aktivit yang melibatkan air. Jadi saya telah menghubungi pihak penganjur, iaitu Kelab Rekreasi Air Kolej Dua Belas bagi saya menyertai juga aktiviti mereka. Alhamdulillah..rezeki saya, mereka membuka penyertaan kepada pelajar dari kolej lain untuk menyertai aktiviti ini. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30 per orang selama satu hari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat keselaman, lokomasi air, water aerobic, bamboo rafting dan tarzan swing.

Pada jam 6.30a.m, semua peserta berkumpul di Kafeteria Serumpun bagi mengambil kehadiran. Setelah semua peserta mencukupi, masing-masing bergerak ke Perhentian bas Serumpun untuk menaiki bas UPM yang telah ditempah oleh pihak penganjur. Setelah memastikan semua cukup, bas bergerak ke Banting pada jam 7.30am. Perjalanan dari UPM ke Tadom Hill Resort, Banting mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami tiba awal disana, namun pusat rekreasi tersebut mula beroperasi pada jam 9.00am. Jadi kami semua terpaksa tunggu selama setengah jam sehingga THR buka. Sementara menunggu, kami bergambar untuk dijadikan kenangan, ada yang bersiar-siar di kawasan sekitar dan sebagainya.

Tepat jam 9.00am THR mula membuka kaunter. Kami diberikan tag gelang THR sewaktu melewati kaunter. Selesai memakai tag, kami ke pondok berehat dan bersiap-siap. Sesudah itu, taklimat mula diberikan kepada kami oleh pengarah program. Kami diarahkan memakai jaket keselamatan dan menanggalkan selipar/kasut sebelum masuk ke dalam air. Semua peserta tidak sabar untuk masuk ke dalam air. Tanpa menunggu pengarah program, ada yang sudah mula terjun ke tasik dan diikuti beberapa yang lain. Pengarah program menyuruh semua peserta untuk berasa sebati dengan air dahulu, baru mereka akan memulakan acara Water Aerobic. Hampir 30 minit kami cuba menyesuaikan diri dalam air dengan memakai jaket keselamatan sebelum pengarah program memulakan aktiviti.


Aktiviti dimulai dengan Water Aerobic yang diketuai oleh pengarah program dan rakan-rakannya dengan iringan lagu tetapi muzik tidak dapat didengar engan jelas ekoran berada di tempat terbuka. Amat sukar untuk kami melakukan pergerakan semasa berada dalam air kerana pergerakan terbatas. Tapi kami semua tetap cuba buat yang terbaik. Aktiviti ini amat menyeronokkan kerana diiringi dengan gelak ketawa kerana lucu melihat orang lain sebegitu

Seterusnya, aktiviti Bamboo Rafting atau berkayak. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berkayak. Banyak kali juga kami mengalami saat-saat cemas kerana kayak terbalik akibat tidak seimbang. Tapi bagi kami itu sungguh kelakar..


Sementara ada yang berkayak, ada juga yang mencuba Tarzan Swing dahulu kerana tidak sabar dan tidak mahu beratur panjang. Peserta perlu lompat ke dalam air dari tempat terjun yang disediakan dengan ketinggian 5m. Kami semua diuji dengan kegayatan apabila mahu terjun ke dalam air. Tetapi berkat sokongan semua, masing-masing berani untuk menyahut cabaran pengarah.

Selepas seleasi aktiviti ini, kami makan tengahari pada jam 12.30pm. Kemudian kami diberi pilihan sama ada mahu bersiap-siap membersihkan diri atau mahu meneruskan aktiviti di dalam air. Saya dan beberapa orang peserta yang lain masih mahu bermandi-manda di dalam air manakala ada beberapa orang mahu menyiapkan diri. Kami diberi masa sehingga jam 2pm untuk berseronok lagi kerana bas akan tiba pada jam 3.30pm.

Jam 3pm semua peserta sudah siap membersihkan diri dan kami menunggu bas tiba. Tepat jam 3.30pm bas sampai dan kami bergerak pulang ke UPM. Pengarah program mengucapkan terima kasih atas perjalanan program yang sempurna dan atas kesudian peserta menyertai program anjuran mereka. Kami bermbar bersama-sama dan merit kolej diagihkan.https://bukudiariaidashari.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan